GPC NETWORK SDN.BHD. (1207691-P) ditubuhkan pada 2016. Syarikat ini merupakan syarikat Bumiputera yang beroperasi di LOT 325 JALAN NILAI 7/15. KAWASAN PERINDUSTRIAN NILAI 7. 71800 NILAI. NEGERI SEMBILAN.
Pada asalnya perniagaan ini dimulakan pada tahun 2006 sebagai gerai goreng pisang crispy - sambal kicap johor yang beroperasi dibawah payung. Berikutan sambutan yang baik dari pelanggan, perniagaan kecil ini meningkat sedikit demi sedikit.
Dengan berbekalkan modal keuntungan hasil perniagaan pisang goreng yang dikumpul. Bermula dari satu gerai, perniagaan jalanan ini terus berkembang. Dalam tempoh 2 tahun perniagaan ini telah menjadi 7 gerai milik owner sendiri yang beroperasi di sekitar puchong dan shah alam.
Apabila perniagaan mula berkembang. Tanpa diduga permintaan tepung yang dicipta juga mendapat banyak permintaan. Ia mungkin terjadi dari ubahsuai citarasa yang dilakukan.
Berikutan diatas permintaan tepung dari pelanggan yang ingin menggoreng sendiri di rumah dan terdapat juga beberapa peniaga yang ingin menggunakan tepung rangup yang digunakan, penjualan tepung secara kecil-kecilan bermula pada 2009.
Dari situlah sejarah pemasaran tepung dilakukan bermula dari rumah.
Akibat kekurangan modal untuk membeli mesin dan kurang pengalaman membancuh tepung secara industri,Perniagaan tepung menghadapi dugaan jatuh bangun perniagaan. Namun semua ini diterima sebagai satu cabaran dan ujian serta sebagai satu peluang bagi meningkatkan kualiti tepung dan memenuhi selera warga Malaysia.